selamat datang ke teratak ziera :D kalau suka boleh follow, kalau tak suka boleh blah. peace, no war ~ ^_^

Tuesday, 31 December 2013

Count On me :)

 
 
 
 
[Verse 1] 
If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
 I'll sail the world to find youIf you ever find yourse
lf lost in the dark and you can't seeI
'll be the light to guide you
Find out what we're made of 
When we are called to help our friends in need
[Chorus] 
You can count on me like 1, 2, 3
 I'll be there 
 And I know when I need it 
I can count on you like 4, 3, 2 
And you'll be there'cause that's what friends are supposed to do oh yeahooooooh, oooohhh yeah yeah
[Verse 2
]If you're tossin' and you're turninand you just can't fall asleep
 I'll sing a song beside you 
And if you ever forget how much you really mean to me 
Every day I will remind you
Find out what we're made of 
When we are called to help our friends in need
[Chorus] 
You can count on me like 1, 2, 3I'll be there
 And I know when I need it
 I can count on you like 4, 3, 2 
And you'll be there'cause that's what friends are supposed to do oh yeahooooooh, oooohhh yeah yeah
You'll always have my shoulder when you cry
 I'll never let go 
Never say goodbye
[Chorus]
 Oh, You can count on me like 1, 2, 3I'll be there 
And I know when I need itI can count on you like 4, 3, 2 
And you'll be there'cause that's what friends are supposed to do oh yeahooooooh, oooohhh
You can count on me 'cause I can count on you
 
  P/s : penuh dengan makna :') hayati lah. 

Sunday, 29 September 2013

AKU OKAY LAH :) :) :)


kepada insan2 yang tanya aku okay ke tak tadi. 

aku okay lah :) serious. Aku okay. Saje diam tak taw kenapa. Tweet pon nak menyentap je. haissshhh. Btw, thanks for the concern :') 

bye. Assalamualaikum :) 

22SEPTEMBER2013

SELAMAT SORE :D 

syukur ke hadrat ilahi. Alhamdulillah aku dah menempuh dunia ini selama 20 tahun. Dunia yg penuh cabaran. dugaan dan ujian dariNya. Dari situ juga banyak yang mendewasakan aku.  Terima kasih Ya Allah :') 

22SEPTEMBER1993
.
.
.
.
.
.
.
.
. 22 SEPTEMBER 2013

20 tahun. Aku lahir disamping keluarga, sahabat2, saudara mara dan semuanya. Terima kasih Ya Allah :') Terima kasih  mak, lahirkan ira kedunia ini. Terima kasih ayah, membanting tulang bekerja keras untuk keluarga, sekolahkan ira sampai dimana ira sekarang. Terima kasih semua yg sanggup ada disaat aku susah dan senang. *mengalir air mata* tak dapat aku nak balas semuanya. Aku sayang kalian semua :') terima kasih kerana hadir dalam hidup aku yg serba kekurangan ini.

Pada tarikh ini, aku sangat bahagia. Sangat gembira. Pelbagai kejutan yg dihadiahkan. Aku takut. Aku takut aku tak mampu membalasnya. Pertama sekali, aku disambut oleh kawan2 mak aku. Sebab ikut mak aku g seminar dan aku tak tahu pon ada smbutan birthday sekali, kebetulan hari tu jatuh dengan tarikh hari lahir aku. Dorang suruh potong kek atas pentas dgn yg lain2 lahir bulan 9. Aku terkejut, sbb tak sangka dorang ade wt sambutan. Terharu. Lagi sekali, terima kasih mak :') 

Petang tu aku balik ke kolej. Sampai kolej dlm mamghrib. Naik2 bilik bukak pintu dan tanpa aku sedar bilik dihiasi dgn belon2, dan nyanyian happy birthday dari kawan2 baik aku Ros, Zani, Kak Naim. Terima kasih korang. Bergenang air mata aku, cuba ditahan. hahaha. Aku sgt2 terharu. Rasa mcm dh lama x sambut birthday with the ballons ! hehe. last pon time kecik2 dulu. mana nak ingat. huhu. Terima kasih tak terhingga ROS, ZANI, KAK NAIM :') Sayang korang kerana Allah. Ukhuwah fillah abadan abada  

Malam tu pula, kakak2 aku. Kakak2 yg selalu bersama di fakulti. kira classmate la. Dorang paksa aku g keluar malam ni. Aku gagahkan jugak even sgt penat sbb bru balik dri seminar yg dari pagi. Pada mulanya aku mengelak. Mcm2 alasan aku bg. Then smpai dorg jujur, ckp  nk smbut birthday aku. Aku taknak hampakan dorang pyer planning. Then aku ikut :) dorang kata nk g putrajaya. Mula2 dorang g beli mcm2 dulu then baru drive ke putrajaya. Sesampai kat sana, cari2 tempat. Tetbe dorang dri belakang baling aku tepung ramai2. Daebakk ! *pakai baju cntik, seluar baru masa tu* sobs :( hahaha. Habis baju seluar tudung semua. Tapi takpe. Bukan selalu. Kan ? :'D then ktorg kejar2 sbb tak puas hati smpai semua org kena tepung. Padan muka ! hahahaha. Malam tu, aku bahagia sgt :') Terima kasih KAK JU, KAK TEN, KAK DILA, KAK QILAH, TQAH MANSOR :') lama lagi kita akan bersama kat UKM ni. 2 tahun lagi. Pasti akan menangisi perpisahan suatu hari nnti. Aku syg dorang :') 

Untuk hadiah. Wallet, Coklat, Bear, Zine, Cheese Cake, set alat tulis, set hiasan dan semuanya. Terima kasih MAK, AYAH, WANI, SANIY, ZANI, ROS, KAK ANEM, dan AWAK. Terima kasih kalian. Tak tahu aku nak balas macam mana. Takut tak termampu. Aku akan ingat kalian sehingga aku nyanyuk waktu tua nanti. huhuhu. Jangan lupa aku, ya ? :') *nangis lagi* hahahaha. Syahdu pepetang ni. huhuhu. Untuk semua ucapan, puisi, gmbar, terima kasih kerana mengingati ;) 


setakat ini saja aku  coretkan. Maaf kalau terlalu panjang. Aku cuma melahirkan apa yg aku rasa. Bukan atas niat lain. Doa aku untuk kalian : Semoga Allah membalas apa yg kalian lakukan untuk aku. Semoga terus tabah dan kuat menghadapi hari  - hari akan datang.  Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku. Terima aku seadanya. Aku syg kalian kerana Allah. Bi Hifzillah :') 










p/s : Walau bahagia, gembira, sempurna mana aku pon pada pandangan kalian, aku masih. Masih ada kesakitan,masalah yg dipendam , yg aku buat tak endahkan. Biar, biar senyuman aku dimata kalian terus terusan mengindahi pada pandangan :') 

Friday, 20 September 2013

CUTI SEMESTER 2 ! :D

annyeonghaseyo ! :D 

rasa lama gila tak update blog. huhu. nak kata bz tak bz. tah lah, kena ada mood kot nk taip panjang2. hahaha. lagipun ade ke yg nak baca ? hoho. kali ni aku nak cerita pasal cuti semester 2 aku yg dah berbulan2 lepas. *Baru nk hupdate* hikhok. Alhamdulillah , selesai sudah tahun pertama pengajian aku di UKM ni. kira dah setahun la aku bergelar siswazah UKM., weeeee ~ ^__^ syukur ~ lepas habis je exam last paper terus la balik rumah dan menjalani kehidupan cuti yg sangat awesom ! hehehe. 

bagi aku, cuti kali ni adalah cuti yg paling puas aku rasa. sebab aku happy sgt dpt puasa sebulan ngn family, raya pon sebulan ngn family syukur ya Allah :') before this lama gila aku tak dpt puasa and raya ngn family sepenuhnya.sobs !  sbb almaklumla... dari sekolah menengah, matrik berjauhan duduk hostel. huhu. cuti pon seminggu dua. biasa la tuh. but aku sangat sangat gembira :'D itu sahaja ! hehehe. tapi kerja rumah masihla aku buat -____- hahaha. perkara biasa. tapi takpe. sbb mmg tugas aku. kan ? 

Okay, disamping itu juga (*ayat karangan*) , aku diberi tugas oleh fakulti pendidikan untuk menjalani pra praktikum sebulan kat sekolah yg berdekatan dengan rumah. jadinya, aku memilih SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VOKASIONAL SHAH ALAM :) sebab sekolah nya belakang rumah je. hehe. vrooom vroomm je g sekolah. merempit ! ngeee ~ pengalamannya sangat banyak. mula mula pergi memang la mcm x best. sbb aku sorang je :( mmbe2 lain ada gk dpt satu sekolah 2 orang. tapi takpe, aku try gak sesuaikan diri. but alhamdulillah , semua dapat menerima aku as a practicum teacher. kira cikgu2 kat situ baik2. tak sombong, suka senyum :) kat sekolah tu ramai pelajar pekak, pelajar masalah pembelajaran x ramai sgt. tp boleh la, rmai la gak. kira  lau nk communicate ngn dorang kena guna bahasa isyarat. aku taw sikit2 je sbb dh belajar kat kuliah. hehehe. tp sebulan aku kat situ mcm dh faham dorang gne bahasa isyarat. aku pon ade la gne sikit2. hikhik. 

apa yang aku suka bila dorang terserempak ngn aku dorang bagi salam, cakap selamat pagi. dan aku sgt merindui panggilan " assalamualaikum cikgu" :') rasa macam dh jd cikgu. gituuww. haahhaha. masa minggu last aku masuk kelas pelajar2 yg aku selalu masuk ikut guru mentor. kira dorang mmg kenal aku sbb selalu masuk tengok P&P . sebagai tanda ingatan, aku hadiahkan dorang key chain ! ;D dan dorang suka. terus gantung. terharuu . huhuhuhu. dorang ni nak belajar, ada semangat nk pandai, cuma dorang ni ada masalah. sayu tengok. dh habis kelas aku tangkap gmbar ngn dorang sebagai kenangan :') akhir kata, aku sayang mereka !  mcm adik2 aku. dan mmg sebaya pon dgn adik aku. aku pesan ngn dorang "belajar rajin2, dengar ckp cikgu, jgn nakal2, doakan cikgu berjaya dunia akhirat" itu ayat terakhir aku. okay la, rasa mcm mengantuk dan sangat panjang pulak bercerita. haha. nak sajikan gmbar2 pulak. hehehehe :) 











p/s : malas nak caption tiap gambar. paham2 sendiri la ek. hehehe. bye bye ! sarangheyo <3 

Thursday, 1 August 2013

RESULT OH RESULT.....

yo ! wassup dude ! haha. dh kenapa ganaih semacam ni ? :3 selamat berpuasa bagi yang berpuasa :) 

result ? 31.7.2013 .hmm dah keluar dah semalam. aku memang nak update , tapi tak sempat. *alasan*,hewhew. result aku ? Alhamdulillah, masih bersyukur :') walaupun hakikatnya keputusan aku kali ni jatuh teruk. golek2 dari UKM Bangi ke Padang Jawa. Okay, merepek !  ntah lah, seriously aku sedih sgt2. tapi tak menangis. cuma sedih dlm hati ni susah nak diungkapkan. aku sedih sbb aku dh kecewakan mak ayah aku. dorang mesti berharap aku meningkat dri sem lepas. tapi...... hmmmm, 

memang dorang tak ckp kecewa sedih, tapi aku rasa sedih sgt tak dpt apa yang dorang nak. mak ayah aku, sepanjan aku belajar memang tak pernah komen, komplen, marah2 aku dpt ape. sbb dorang taw aku dh cuba yang terbaik. huhu. itu aku bersyukur sebab ada makayah yg sgt memahami aku. cuma apa yang aku tak leh terima, mungkin....

setiap kali periksa, aku tak perna jatuh tergolek2 mcm ni. kalau jatuh pon sikit je bezanya. tapi kali ni Allah nak uji aku , dia jatuhkan dengan jarak yag jauh. jauh sgt. tu sampai aku termenung sendiri seharian pasal result aku. dlm otak ni result je yang ada. huhu, 

Dia nak aku lebih mengadu, meminta, berdoa kepadaNya :') 
aku redha dengan keputusan yg aku dapat, dan aku berazam ! aku akan tingkatkan usaha untuk sem depan. ye ! kejar balik pointer aku yang lepas. aku tak nak kecewakan mak ayah aku, family aku. dorang je yang aku ada dalam dunia ni. banyak pengorbanan yang mereka buat. tu sebab dengan belajar sungguh, dpt keputusan baik aku nampak kegembiraan dorang. 
tak sanggup nak gtaw ayah, walau hakikatnya ayah memang dh taw :'(

selepas dh taw result beberapa org classmate aku, aku jadi semangat balik. sbb bukan aku sorang je yang jatuh. hampir kesemua classmate jatuh dari sem lepas. mungkin faktor soalan susah. cuma aku je yg jatuh jauh sedikit. dan mungkin jugak faktor2 lain yang tak patut aku nak salahkan. itu semua ujian Allah :') aku terima dengan redha. aku kena bangun dari lemah hari ni. kuat ! :D 

dan satu lagi, aku naikkan semangat aku balik : 
" SYUKUR DGN APA YANG KAU DPT SEKARANG ZIRA, INGAT ORANG LAIN YANG DAPAT RENDAH DARI KAU ! "
yep ! bila aku ckp kat diri aku mcm tu, aku jd semangat balik. sbb aku rasa bkn aku je yg rendah. ade yg lagi rendah dr aku. aku tak leh mcm ni. sampai bila nk sedih ? kan ?  :') 

apepon, aku tumpang gembira kt dua orang kawan baik aku : AZANI dan ROS , tahniah sayangs :) korang meningkat dari sem lepas. korang happy sgt , izinkan aku tumpang happy korang, ye ? :') 
Zani : kau berjaya naikkan pointer kau :) tahniah ! 
Ros : kau pon same, naik makin naik , and hadiah birthday tuk Mama kau :) congrates wey !

kepada kawan2 lain : tahniah bagi yang meningkat, dan jangan bersedih bagi yang menurun . okay ? kita sama2 naikkan pointer kita untuk sem depan k. insyaAllah :') 

P/s : hidup ni umpama roda,kadang - kadang kita diatas, kadang - kadang kita kat bawah :) begitu juga dalam belajar. tak selalu kita diatas, biar kita rasa dibawah. kira rasa apa yang pernah kawan - kawan kita rasa. 

Thursday, 25 July 2013

PENGORBANAN YANG TAK DAPAT DIBALAS :'(


hyep  ! 
waktu2 kemuncak ni ngantok nak mam lah. plus perut kruk kruk kruk lagi. hehe. tetbe aku scroll2 fb and terjumpa lah satu artikel nih. aku tekan link dia. Allahu, baca sampai habis. serious, sangat menyentuh hati aku. walaupun dah pernah baca cerita mcam ni tapi aku masih terharu, tersentuh. besarnya pengorbanan seorang wanita :') jom baca ! 

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami | Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.



*copy paste dari : http://ipanas2.blogspot.com/2013/07/kisah-benar-luahan-pengalaman-seorang.html

Wednesday, 17 July 2013

SEDIH.

Sedih. 
tah lah aku rasa ..
sedih, 
terasa, 
sakit,
kadang2 sayu.
 hmmm, kenapa ek ? 
aku taw kenapa. tapi .... ntah lah. 
biar je lahh :) 
hidup ni kena senyum selalu. 
biar orang tak taw ape yang ada sebalik senyuman tu. 
kan?
:))))))
salam zohor. 

BOSAN :(


hye ! selamat berpuasa bagi yang berpuasa, ye ? hehe. 
bosan. sangat- sangat ! :( Fyi, dah 3 minggu aku pra praktikum kat sekolah. first2 datang rasa sorang2. ye la kawan2 lain ramai yang ada satu sekolah. means satu sekolah 2 3orang kawan. aku ? sorang2 je. huhuhu. hmm , tapi takpelah. aku kuatkan diri, aku cakap kat diri aku, "takpe2, timba pengalaman walaupun sensorang, aku kan dh biasa g mana2 sambung belajar sorang2 and carik kawan baru" huhuhu 
so, dengan hati yang sedih, ku relakan lah pergi melapor diri 1 JULAI 2013 . mula - mula serious macam ape je aku. tercongok2 sensorang :( gagahkan diri jugak. takpe. Ziera boleh !!!! *note to myself*
 
dh beberapa hari, aku mula selesa. best la gak sekolah nih. hehehe. yang jadi bosannya aku tak taw nk buat ape selain ikut cikgu masuk kelas. hmmm, sangatlah bosan. kalau ada aktiviti yg aku boleh join takpe gak. hmmm :( lagi2 bulan pose ni, semua aktiviti petang  tak ada. huhu. memang la best, tapi aku mcm tak dapat banyak sangat pengalaman. bila aku tengok classmate yg lain update best2 je. g bawak budak2 g tengok movie la, main bowling lah, g pasar lah. beruntung kan ? aku ? duk je kat dalam bilik guru. online online online, buat laporan. tu je la keje aku. pas tu g jumpa mana2 cikgu berkenaan nk amek maklumat. dah tugas aku memang memantau dan mencari maklumat kan ? aiyoo !! memang laa tapi tolong lah bagi aku kelas ganti ke, boleh la aku borak2 ngn dorang. belajar bahasa isyarat lagi. ni idok, tak kasinya ke aku. huhu. 

mungkin sekolah aku ni budak2 nya takde lah bermasalah sangat.kalau tengok fizikal, normal kot. handsome2, cantik2, serious ! cuma dorang ni masalah pendengaran dan pembelajaran je. so nak dibandingkan dengan kawan2 aku yg lain, dorang ade budak2 yg pelbagai masalah yg memerlukan aktiviti luar. hmm, takpelah :) redha ~ hehehe. lagi 2 minggu je. yeaayyhh ! apa yg aku dapat setakat ni ? best la jugak. pengalaman baru bagi aku :) aku pasti aku akan merindui 5 mingggu aku kat sini. ^__^ 

k lahh, chow dulu, laju menaip ni . haha. jgn sampai cikgu2 ni perasan udah ler. hehehe. bye bye. thanks for coming ~ tata. jaga diri baik2, :)  Assalamualaikum.

Wednesday, 10 July 2013

'' Mini Giveaway by Zahiya Zainuddin"




Syarat Penyertaan:

1. Mesti ada BLOG and FACEBOOK
2.  Follow Si Minah Pink and LIKE dekat FB: Zahiya Si Minah Pink
3. Buat entry "Mini Giveaway by Zahiya Zainuddin"
4. Paste kan LINK blog anda di comment entri ini ye :)

p/s Terhad kepada 30 sahaja. Kalau ada lebih pun boleh.
Amat dialu-alukan.
Pemenang akan dipilih berdasarkan Randam.org :)
Pemenang akan diberitahu pada 27 Julai 2013.


Hadiah yang bakal disediakan :

Hadiah Misteri X 2
Shawl X 3
Keychain felt X 6 *handmade by Zahiya
Brooch bunga X 7 
Topup Maxis/Digi/Celcom X 4


* Tarikh Tutup : 9 JULAI hingga 26 JULAI 2013
( ini memudahkan penghantaran hadiah)



mari ramai2 support kawan saya Zahiya :) hehehe. 

Monday, 8 July 2013

HATI INI ..................

Hati ini nak berkata. Hati ini nak meluahkan. Hati ini nak menyatakan. Hati ini nak segala - galanya. Tapi, kadang - kadang tak boleh diluahkan. 
Hanya tersimpan rapi.

Dalam Hidup ni banyak dugaan kan ? 
Dia turunkn dugaan dan cabaran.
Bukan nak menyusahkan kita, Bukan nak membebankan kita. 
Cuma Dia nak kita sentiasa ingat dekat Dia. 
Ingat siapa pencipta yang Maha Agung :') 

Tanpa disedari perlahan - lahan air mata mengalir. 
Mungkin ini cara terbaik.
Kita kena tabah. Kuat. Segalanya berlaku pasti ada hikmah :')

Terima kasih atas segalanya. 

Ramadhan bakal tiba, kalau tiada aral melintang lusa kita akan menyambut ramadhan. Semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan bulan penuh kerahmatan ini. Ameen ~ :D Perbanyakkan amal ibadah, tingkatkan iman, mohon keampunan. Mudah - mudahan segalanya baik dan diredhai Allah.  

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAQ :) 










 P/S : Terima kasih tak terkata. Minta maaf atas segalanya. Jaga diri, jaga hati. Kuatkan semangat. Sakit, makan ubat, sapu minyak. Jangan mudah menangisi, menyesali sesuatu. Pasti ada hikmahnya.  Semoga bulan ini menjadi bulan yang penuh bermakna :') InsyaAllah dengan izinNya ~ 






Sunday, 23 June 2013

JEREBU EVERYWHERE @____@

sekitar KOLEJ AMINUDDIN BAKI,UKM.......

Hye !!  jawab salam dah ? :) 
Bagi yang belum jawab , jawab dulu okay ? ngee ~ 
emm sihat ? bagi yang tak sihat tu cepat2 makan ubat taw !
 jaga kesihatan. 
semua orang taw sekarang apa yang melanda Malaysia kan ? JEREBU oiiii !!!!! 
nampak kan gambar kat atas tu? huhualaa. asap2  putih tu bau asap >_<  
sekarang ni JEREBU kat mana2 ada kan. 
keluar je lah rumah, bilik, mana2 lah. mesti ada. 
emm same goes at here toO ~ sakit kepala kot, sakit hidung, 
semua sakit lah ! haha. 

anyway, jaga kesihatan baik2, minum air banyak, 
pakai topeng if kat luar, kurangkan aktiviti kat luar.
 taw taw taw ! kalau sakit cepat2 makan ubat. jangan degil ! hiks ~ *padahal aku pon degil gak* 
 okay lah, petang2 gini saje je nk update. Bosan. 
Nak study tak elok petang2. hoho *ALASAN* 
 kat sini ada sikit tips untuk masalah jerebu sekarang nih. 
Semoga membantu ~ hehe.


Dapatkan di BMART ! Keselamatan anda keutamaan kami :'D *promote*

tata ~ Assalamualaikum .... :') 

Monday, 10 June 2013

PELBAGAI PERASAAN :'(


hye korang :) ade orang ke masuk blog nih ? haha. kbaii :p kalau ada orang. hye2 awok ! :D hehe. emmm actually, seriously really miss you my dearest baby ! :( lama gila aku tak update. aku tak dating ngn kau kan blog. sorry taw :( aku banyak nk cerita tapi mcm malas nak taip, terukkan aku ? meninggalkan kau terlalu lama. sorry3 ! :') tah lahh, nak kata aku busy, emm boleh lah. assignment assignment dan assignment. tambah nk final exam dh nih. aku tak study banyak pon lagi. sediiihhh ~ ~ 

semalam. malam tadi. malam sabtu. kalau nak ikutkan aku happy lah sebab one of my classmate belanja makan malam, makan mahal tu. western food uolls. huhu/. tapi tah lah, aku okay je malam tu. happy, gelak2. then balik dri dinner tu ktorg singgah lah stadium UKM sbb classmate ajak tgok UKM lawan Politeknik Kota Bahru. then aku pergi. balik jalan kaki. dari stadium ke Amin. jauh boh. dua orang lak tuh. gelap tak yah ckp lah :/ takut :( aku sepanjang jalan senyap je. mcm ada something. tapi aku ada lah baca2 dlm hati nih. huhu. alhamdulillah akhirnya aku sampai bilik. solat isya' and then lahar2 kat TL. ihiks ! 
then.....
 tetibe je aku sedih, macam fikir sesuatu, mcm ada yang menggangu fikiran, hati , perasaan. tah macam2 lah., tak taw lah. dengan automatiknya, bukan manual dh. nk tukar2 gear dulu. aku terus g kat zani. suruh dia peluk aku. and aku MENANGIS !!!! tersedu sedan :( serious cakap dah lama tak nangis macam tuh. huhu. nak dijadikan cerita lagi, ada someone yang baik, rapat, sahabat aku, dia nyanyikan lagu Sahabat. mak aii, makin mencurah2 air mata nih. mungkin terharu kot. terima kasih zani peluk aku, tepuk2 aku =) sayang kau roomate :* and terima kasih awak :) awak lah ! :p terasa tak terasa tak , hehe.  sayang awak jugee :* ngeee

aku pelik. aku pelik. aku tertanya tanya. kenapa dengan aku. 
aku amik keputusan , ambil air wudu' dan baca al- quran. Alhamdulillah. tenang gila lepas tu :) macam dah takde pape langsung. tenang. aman. lega. kosong. :') syukur. 
mungkin Allah, nak uji aku. aku dah terlalu banyak leka. aku terlalu gembira dua tiga hari lepas. mungkin dia suruh aku lebih mengingatiNya . Aku tersedar. :) 

oh okay lahh. good luck for those yg exam today okay :) wat leklok. aku punyer paper start jumaat. doakan k :D  assalamualaikum. semoga kita bersua kembali. InsyaAllah. Assalamualaikum korang =) 

Tuesday, 23 April 2013

MALAM PENUTUP KARNIVAL GEMPAK VARIASI ^___^


Holla2 :) lama x update kn ? rindu ehh ? #ehh ! hahaha. actually, aku sgt2 lah busy. nk berblogging pon x sempat. balik2 je penat. every night ada latihan teater. walaupon aku as props but we have to turun jugak. huhuhu. tapi x pe. now aku nak share something :D hehehe. 

21 April 2013 bersamaan hari ahad. 
kami "Pusat Kebudayaan Kolej Aminuddin Baki" PUSAT la sgt kan. HOHO. Kelab Kebudayaan sajaaa. hmm, kami telah diminta tolong, ehh bukan. kami menolong Kolej Ungku Omar iaitu jiran kolej kami untuk membuat persembahan pada malam  penutup program  dorang. 
perasaan time tu ? hmm x yah ckp la kan. dh la wt kat kolej org, mmg cuak gila kalau dorg x suka. huhuu.
anyway, ktorg berlatih 2 3 hari je taw. mmg rushing gle. but, alhamdulillah :) okay lahh. hehehe. 
aku sayang mereka2 ! *tibajahh* hoho
 let's see ! ^_^


dah macam ape je aku tgok. HAHA *bambam*



try costume night before perform :) 


with them again ! for the second time. syed shamim & tasha Manshahar :D


really thanks for my classmate :') 


as usual, my besties :D zani, ros, zira <3




ce cari aku ? hihi



jgn lah tgok itew, itew malu ! *___* hehehe

okay lah, that's all. happy , enjoy moments ! :D :D 

nk sambung wt assignment. tata :') 
assalamualaikum~

Monday, 15 April 2013

I FEEL LIKE...........

i feel like...........

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 :') 
:'(
:)
:(
^_^
:/
@___@
:|


everything ! 
huhu

bye,
anyway, i want to say that. I'M OKAY :') 
i can treat myself.
sorry for not answer ur Question my friends.
SORRY.