selamat datang ke teratak ziera :D kalau suka boleh follow, kalau tak suka boleh blah. peace, no war ~ ^_^

Friday, 15 February 2013

ALLAH MENGUJI AKU :')


15 Feb 2013. 

tarikh keramat bagi semua student UKM, dan seangkatan denganya.
result final exam semester 1 bakal diketahui. 
dan aku sangat excited nak tengok result aku. 
tapi malangnya...

result aku kena tahan dek tak byar yuran MMP yg berharga RM 70. 
sangat kecewa. 
orang lain dpt tgok dh. aku and yg senasib ngn aku x dpt tgok :( 
ramai gk yg x dpt tgok. huhuuu

jadinya..' aku wt keputusan. 
sok pagi jam 9 g bayar terus  !
and aku lakukan. HAHA. 


tapi.........................

lepas dh bayar dia kata. 
leh cek result kol 5 ke atas.
 perasaan aku time tuh ? :/ err ~ 
sgt lah kecewa. 
zani bayar kat kaunter terus dpt tgok result. 
sedih taw !
 

tapi aku try gak kat bilik. try bukak smp web. 
click keputusan peperiksaan. 
dan....

ALHAMDULILLAH :) :) :) 

aku membuat kesimpulan disini. 
Allah akan menguji hambanya kerana nak lihat sejauh mana kesabaran aku., ye. 
Syukur Ya Allah. :D 

Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

sambungan seterusnya .. mengenai result ku ! hehe :)  

No comments:

Post a Comment

hey , awak yang tengah baca tu.
awak comey la, hehe.
komen la siket ^__^ ngee ~