selamat datang ke teratak ziera :D kalau suka boleh follow, kalau tak suka boleh blah. peace, no war ~ ^_^

Sunday, 29 September 2013

22SEPTEMBER2013

SELAMAT SORE :D 

syukur ke hadrat ilahi. Alhamdulillah aku dah menempuh dunia ini selama 20 tahun. Dunia yg penuh cabaran. dugaan dan ujian dariNya. Dari situ juga banyak yang mendewasakan aku.  Terima kasih Ya Allah :') 

22SEPTEMBER1993
.
.
.
.
.
.
.
.
. 22 SEPTEMBER 2013

20 tahun. Aku lahir disamping keluarga, sahabat2, saudara mara dan semuanya. Terima kasih Ya Allah :') Terima kasih  mak, lahirkan ira kedunia ini. Terima kasih ayah, membanting tulang bekerja keras untuk keluarga, sekolahkan ira sampai dimana ira sekarang. Terima kasih semua yg sanggup ada disaat aku susah dan senang. *mengalir air mata* tak dapat aku nak balas semuanya. Aku sayang kalian semua :') terima kasih kerana hadir dalam hidup aku yg serba kekurangan ini.

Pada tarikh ini, aku sangat bahagia. Sangat gembira. Pelbagai kejutan yg dihadiahkan. Aku takut. Aku takut aku tak mampu membalasnya. Pertama sekali, aku disambut oleh kawan2 mak aku. Sebab ikut mak aku g seminar dan aku tak tahu pon ada smbutan birthday sekali, kebetulan hari tu jatuh dengan tarikh hari lahir aku. Dorang suruh potong kek atas pentas dgn yg lain2 lahir bulan 9. Aku terkejut, sbb tak sangka dorang ade wt sambutan. Terharu. Lagi sekali, terima kasih mak :') 

Petang tu aku balik ke kolej. Sampai kolej dlm mamghrib. Naik2 bilik bukak pintu dan tanpa aku sedar bilik dihiasi dgn belon2, dan nyanyian happy birthday dari kawan2 baik aku Ros, Zani, Kak Naim. Terima kasih korang. Bergenang air mata aku, cuba ditahan. hahaha. Aku sgt2 terharu. Rasa mcm dh lama x sambut birthday with the ballons ! hehe. last pon time kecik2 dulu. mana nak ingat. huhu. Terima kasih tak terhingga ROS, ZANI, KAK NAIM :') Sayang korang kerana Allah. Ukhuwah fillah abadan abada  

Malam tu pula, kakak2 aku. Kakak2 yg selalu bersama di fakulti. kira classmate la. Dorang paksa aku g keluar malam ni. Aku gagahkan jugak even sgt penat sbb bru balik dri seminar yg dari pagi. Pada mulanya aku mengelak. Mcm2 alasan aku bg. Then smpai dorg jujur, ckp  nk smbut birthday aku. Aku taknak hampakan dorang pyer planning. Then aku ikut :) dorang kata nk g putrajaya. Mula2 dorang g beli mcm2 dulu then baru drive ke putrajaya. Sesampai kat sana, cari2 tempat. Tetbe dorang dri belakang baling aku tepung ramai2. Daebakk ! *pakai baju cntik, seluar baru masa tu* sobs :( hahaha. Habis baju seluar tudung semua. Tapi takpe. Bukan selalu. Kan ? :'D then ktorg kejar2 sbb tak puas hati smpai semua org kena tepung. Padan muka ! hahahaha. Malam tu, aku bahagia sgt :') Terima kasih KAK JU, KAK TEN, KAK DILA, KAK QILAH, TQAH MANSOR :') lama lagi kita akan bersama kat UKM ni. 2 tahun lagi. Pasti akan menangisi perpisahan suatu hari nnti. Aku syg dorang :') 

Untuk hadiah. Wallet, Coklat, Bear, Zine, Cheese Cake, set alat tulis, set hiasan dan semuanya. Terima kasih MAK, AYAH, WANI, SANIY, ZANI, ROS, KAK ANEM, dan AWAK. Terima kasih kalian. Tak tahu aku nak balas macam mana. Takut tak termampu. Aku akan ingat kalian sehingga aku nyanyuk waktu tua nanti. huhuhu. Jangan lupa aku, ya ? :') *nangis lagi* hahahaha. Syahdu pepetang ni. huhuhu. Untuk semua ucapan, puisi, gmbar, terima kasih kerana mengingati ;) 


setakat ini saja aku  coretkan. Maaf kalau terlalu panjang. Aku cuma melahirkan apa yg aku rasa. Bukan atas niat lain. Doa aku untuk kalian : Semoga Allah membalas apa yg kalian lakukan untuk aku. Semoga terus tabah dan kuat menghadapi hari  - hari akan datang.  Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku. Terima aku seadanya. Aku syg kalian kerana Allah. Bi Hifzillah :') 










p/s : Walau bahagia, gembira, sempurna mana aku pon pada pandangan kalian, aku masih. Masih ada kesakitan,masalah yg dipendam , yg aku buat tak endahkan. Biar, biar senyuman aku dimata kalian terus terusan mengindahi pada pandangan :') 

No comments:

Post a Comment

hey , awak yang tengah baca tu.
awak comey la, hehe.
komen la siket ^__^ ngee ~