selamat datang ke teratak ziera :D kalau suka boleh follow, kalau tak suka boleh blah. peace, no war ~ ^_^

Friday, 20 September 2013

CUTI SEMESTER 2 ! :D

annyeonghaseyo ! :D 

rasa lama gila tak update blog. huhu. nak kata bz tak bz. tah lah, kena ada mood kot nk taip panjang2. hahaha. lagipun ade ke yg nak baca ? hoho. kali ni aku nak cerita pasal cuti semester 2 aku yg dah berbulan2 lepas. *Baru nk hupdate* hikhok. Alhamdulillah , selesai sudah tahun pertama pengajian aku di UKM ni. kira dah setahun la aku bergelar siswazah UKM., weeeee ~ ^__^ syukur ~ lepas habis je exam last paper terus la balik rumah dan menjalani kehidupan cuti yg sangat awesom ! hehehe. 

bagi aku, cuti kali ni adalah cuti yg paling puas aku rasa. sebab aku happy sgt dpt puasa sebulan ngn family, raya pon sebulan ngn family syukur ya Allah :') before this lama gila aku tak dpt puasa and raya ngn family sepenuhnya.sobs !  sbb almaklumla... dari sekolah menengah, matrik berjauhan duduk hostel. huhu. cuti pon seminggu dua. biasa la tuh. but aku sangat sangat gembira :'D itu sahaja ! hehehe. tapi kerja rumah masihla aku buat -____- hahaha. perkara biasa. tapi takpe. sbb mmg tugas aku. kan ? 

Okay, disamping itu juga (*ayat karangan*) , aku diberi tugas oleh fakulti pendidikan untuk menjalani pra praktikum sebulan kat sekolah yg berdekatan dengan rumah. jadinya, aku memilih SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VOKASIONAL SHAH ALAM :) sebab sekolah nya belakang rumah je. hehe. vrooom vroomm je g sekolah. merempit ! ngeee ~ pengalamannya sangat banyak. mula mula pergi memang la mcm x best. sbb aku sorang je :( mmbe2 lain ada gk dpt satu sekolah 2 orang. tapi takpe, aku try gak sesuaikan diri. but alhamdulillah , semua dapat menerima aku as a practicum teacher. kira cikgu2 kat situ baik2. tak sombong, suka senyum :) kat sekolah tu ramai pelajar pekak, pelajar masalah pembelajaran x ramai sgt. tp boleh la, rmai la gak. kira  lau nk communicate ngn dorang kena guna bahasa isyarat. aku taw sikit2 je sbb dh belajar kat kuliah. hehehe. tp sebulan aku kat situ mcm dh faham dorang gne bahasa isyarat. aku pon ade la gne sikit2. hikhik. 

apa yang aku suka bila dorang terserempak ngn aku dorang bagi salam, cakap selamat pagi. dan aku sgt merindui panggilan " assalamualaikum cikgu" :') rasa macam dh jd cikgu. gituuww. haahhaha. masa minggu last aku masuk kelas pelajar2 yg aku selalu masuk ikut guru mentor. kira dorang mmg kenal aku sbb selalu masuk tengok P&P . sebagai tanda ingatan, aku hadiahkan dorang key chain ! ;D dan dorang suka. terus gantung. terharuu . huhuhuhu. dorang ni nak belajar, ada semangat nk pandai, cuma dorang ni ada masalah. sayu tengok. dh habis kelas aku tangkap gmbar ngn dorang sebagai kenangan :') akhir kata, aku sayang mereka !  mcm adik2 aku. dan mmg sebaya pon dgn adik aku. aku pesan ngn dorang "belajar rajin2, dengar ckp cikgu, jgn nakal2, doakan cikgu berjaya dunia akhirat" itu ayat terakhir aku. okay la, rasa mcm mengantuk dan sangat panjang pulak bercerita. haha. nak sajikan gmbar2 pulak. hehehehe :) 











p/s : malas nak caption tiap gambar. paham2 sendiri la ek. hehehe. bye bye ! sarangheyo <3 

No comments:

Post a Comment

hey , awak yang tengah baca tu.
awak comey la, hehe.
komen la siket ^__^ ngee ~